Kegiatan Intipan Tidak Seharusnya Berlaku Dalam Asean - Zulkifeli

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kegiatan pengintipan bagi mendapatkan maklumat rahsia negara jiran tidak seharusnya berlaku, terutama dalam kalangan negara yang mementingkan hubungan baik seperti Asean, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Pengintipan ini tidak seharusnya terjadi apatah lagi dengan negara sahabat kita malah semuanya (apa-apa masalah) perlu diselesaikan melalui semangat Asean," kata pada sidang media selepas menutup Persidangan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia (HLC-Malindo) ke-11 di sini Rabu.

Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan bahawa dokumen rahsia yang dibocorkan pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Antara resolusi yang dicapai pada persidangan sehari itu ialah usaha ke arah menempatkan pos gabungan tambahan di perbatasan bersama sekitar Bakelalan, Sarawak dan Long Midang, Indonesia.

Dalam pada itu, sekumpulan 30 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) menyerahkan memorandum bantahan berhubung dakwaan aktiviti yang dilakukan Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi negara berkenaan di sini.

Berpakaian serba hitam dengan membawa bendera persatuan, delegasi diketuai Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris itu tiba pada kira-kira 2.30 petang sebelum menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai Suruhanjaya Tinggi Singapura.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata PERKASA menggesa kerajaan Singapura menghentikan sebarang kegiatan pengintipan ke atas negara jiran serta-merta selain memohon maaf.

Beliau turut memuji Kementerian Luar kerana mengambil tindakan segera dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong untuk menjelaskan perkara itu, Selasa.

Kumpulan itu berhimpun secara aman dengan diawasi beberapa anggota polis di depan bangunan suruhanjaya berkenaan sementara menunggu penyerahan memorandum sebelum bersurai sejam kemudian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan