KDN Kaji Cadangan Polis Bantuan Ganti Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji semula cadangan agar khidmat polis bantuan atau polis sukarelawan (PVR) digunakan bagi menggantikan pengawal keselamatan yang dibekalkan syarikat kawalan keselamatan di pejabat kerajaan dan kawasan perumahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan kerajaan dan pemindaan perundangan.

Mengenai cadangan menyediakan anggota polis bantuan mengawal di kawasan perumahan menggantikan tugasan kawalan keselamatan swasta, Ahmad Zahid berkata, perkara itu juga sedang dalam pertimbangan kementeriannya.

"Oleh kerana syarikat kawalan keselamatan tertakluk pada Akta Syarikat Persendirian, tentunya ia melibatkan kajian semula akta ini kerana hal ehwal syarikat.

"Kita akan meneliti perkara ini dengan mengambil kira pandangan badan bukan kerajaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ia dapat dilaksanakan dan akhirnya dibawa ke Parlimen," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.

Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 November lepas agar khidmat pengawal keselamatan di semua pejabat kerajaan digantikan dengan khidmat polis bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Turut hadir pada majlis itu, timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua cadangan berkenaan akan dibawa ke Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen untuk menggubal satu undang-undang yang lebih khusus terhadap aspek keselamatan dan tatacaranya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan