Dr Haili Dolhan Pengerusi Baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dari Sarawak, Datuk Dr Haili Dolhan dilantik sebagai Pengerusi SPP yang baharu.

Dr Haili, bekas Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan menggantikan Tan Sri Dr Zulkurnain Awang yang tamat kontrak perkhidmatan pada 31 Oktober lepas. Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPP.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah mengikut Fasal (2) Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan.

Turut dilantik menganggotai suruhanjaya itu ialah bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Abdul Halim Abdul Razak; bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Dr Imran Idris; bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Jamaluddin Yahaya; dan bekas Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Azmi Che Mat.

Kesemua pelantikan itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai tarikh mereka mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia.

"Dengan pelantikan ini, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan percaya mereka akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai anggota SPP mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya.

SPP berfungsi sebagai pihak berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan meliputi urusan pelantikan ke dalam perkhidmatan pelajaran, pengesahan perkhidmatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan kawalan tata tertib. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan