Umno Wajar Beri Respons Positif Hasrat PAS Bermuzakarah - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno wajar memberi respons positif terhadap usul PAS untuk bermuzakarah dengannya seperti disuarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden Umno itu berkata PAS boleh mengemukakan secara rasmi menjelaskan maksud muzakarah itu, sama ada membincangkan hal berkaitan Islam sahaja atau yang lebih besar dari itu.

Jika perkara itu dapat disampaikan, Umno akan meneliti kandungan topik khususnya untuk kepentingan umat Islam dan negara, katanya mengulas hasrat presiden PAS itu.

"Kalau tujuan untuk wujudkan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam yang didokong oleh Umno dan PAS, manfaat ada untuk Islam dan negara, saya kira satu langkah yang wajar dan kita harus beri respons yang positif," kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendirian ini selepas menutup Latihan Amal Krisis Siber Negara 2013 (X-Maya 5) di sini Selasa.

Muhyiddin menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam Ahad lalu sebagai kenyataan yang ikhlas.

"Kalau hal itu baik, lagi cepat lagi baik (dilaksanakan)," katanya.

Abdul Hadi ketika berucap menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah dengan Umno namun terbatas kepada hal ehwal Islam. Beliau turut menegaskan kerjasama itu adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berharap muzakarah antara Umno dan PAS dapat disegerakan kerana ia memberi kesan positif kepada budaya baharu politik Melayu-Islam.

Yang di-Pertuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, sudah tiba masanya untuk pemimpin kedua-dua parti terbesar mewakili Melayu berlapang dada dalam menangani isu yang menyentuh kepentingan agama dan bangsa.

"Yadim juga menyeru supaya semua pihak menyokong usaha ini kerana permuafakatan sesama Islam adalah tuntutan agama.

"Usaha ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dan hanya mereka yang berjiwa kecil sahaja tidak menginginkan usaha ini dilaksanakan," katanya.

Beliau menambah Yadim menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah itu dan berpendapat kenyataan pemimpin kedua-dua parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar disambut secara positif.

Asyraf Wajdi juga berkata umat Islam sudah mulai jemu dengan polemik kepartian dan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan, hingga ada yang menggadaikan prinsip dan kepentingan agama serta bangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan