Singapura Perlu Kemuka Bukti Jelas Jika Tidak Terlibat Dakwaan Intip Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Singapura perlu mengemukakan bukti dan maklumat yang jelas sekiranya dakwaan negara itu terlibat dalam kegiatan pengintipan terhadap Malaysia tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memandang serius terhadap dakwaan itu kerana Singapura adalah jiran terdekat dan mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia.

"Apapun maklumat yang kita dapati, yang berkaitan dengan soal espionage yang disebutkan oleh siapapun yang ada kaitan dengan negara kita sesuatu yang kita tidak pandang ringan.

"Kalau Singapura berkata itu tidak berlaku ia harus memberi kita maklumat untuk menafikan dan bukti yang menunjukkan hal itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup Latih Amal Krisis Siber Negara 2013 (X-Maya 5) di sini Selasa.

Beliau berkata dakwaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan hubungan baik yang terjalin antara Singapura dan Malaysia sejak sekian lama.

"Benar atau tidak (dakwaan) siasatan perlu dibuat.

"Sama ada ia berasas atau tidak itu adalah satu yang perlu diteliti, dikaji dan diambil perhatian. Tapi kita memandang serius hal-hal dan tuduhan-tuduhan seperti itu," kata Muhyiddin.

Timbalan perdana menteri berkata beliau menyerahkan kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk mengendalikan perkara terbabit.

Pada Isnin, dalam kenyataan media Kementerian Luar akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura pada Selasa untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan