Siasatan Menyeluruh Kegiatan Intip Malaysia - Anifah

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anifah Aman
Anifah Aman

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media berhubung dakwaan pembabitan negara lain, terutama Singapura, dalam kegiatan mengintip Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sangat bimbang mengenai laporan dakwaan pengintipan oleh beberapa negara terhadap Malaysia.

Katanya jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan.

Kementerian akan memanggil pesuruhjaya tinggi Singapura esok untuk mendapat penjelasan berhubung dakwaan itu, katanya dalam kenyataan di sini.

"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah.

Anifah menegaskan hubungan Malaysia dan Singapura pada masa ini adalah teguh dan saling memberi manfaat, seperti yang dicerminkan menerusi hubungan baik antara kedua-dua perdana menteri dan perluasan bidang kerjasama.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan