Mungkinkah Ada Pertandingan Tiga Penjuru Untuk Jawatan Presiden MCA?

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

(Dari kiri) Liow and Tee Keat telah menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden MCA tetapi Gan dijangka akan membuat pengumuman mengenai rancangannya hari ini (Selasa).
(Dari kiri) Liow and Tee Keat telah menyatakan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan presiden MCA tetapi Gan dijangka akan membuat pengumuman mengenai rancangannya hari ini (Selasa).

PETALING JAYA: Pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Presiden MCA bakal berlaku.

Dikatakan bahawa naib presiden parti, Gan Ping Sieu, 47, akan turut serta untuk bertanding.

Beliau dijangka akan mengumumkan rancangannya hari ini (Selasa).

Bekas presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, 57, telah pun mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada Isnin, manakala Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai, 52 , membuat pengumuman pada Julai lalu.

Penyandang jawatan presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, 67, berkata pada konvensyen MCA Johor pada Ahad bahawa beliau mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan apabila tiba masanya.

Dr Chua memenangi jawatan presiden pada 28 Mac 2010 selepas menewaskan Tee Keat, yang ketika itu merupakan penyandang presiden, dan bekas presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting pada pemilihan parti yang berusia 64 tahun itu.

Sehingga pencalonan ditutup pada 16 Disember, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam politik.

Jawatan yang akan dipertandingkan ialah presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 25 anggota jawatankuasa pusat.

Hari pemilihan akan diadakan pada 21 Disember.

Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, 45, telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden, berkata beliau akan membuat pengumuman pada Rabu.

Turut mengintai kerusi jawatan kedua tertinggi parti itu adalah Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai, 54.

Ia akan menjadi cubaan kedua Lim untuk jawatan timbalan presiden, selepas tewas kepada Dr Chua dalam pemilihan parti 2008.

Sementara itu, perebutan untuk jawatan naib presiden dijangka menjadi salah satu pertandingan yang sengit, dengan sekurang-kurangnya lapan orang mengintai untuk menduduki empat jawatan itu.

Mereka termasuk Datuk Lee Chee Leong dari Perak, Datuk Koh Nai Kwong (Melaka), Datuk Chua Tee Yong (Johor) dan Datuk Chong Itt Chew (Kedah).

Lain-lain ialah Datuk Dr Mah Hang Soon (Perak), Datuk Dr Hou Kok Chung (Johor), Datin Paduka Chew Mei Fun (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Wee Jeck Seng (Johor).

Sayap Pemuda dan Wanita juga bersedia untuk melihat ketua-ketua baru.

Ketua Pemuda MCA Selangor, Chong Sin Woon telah mengumumkan rancangan untuk bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda parti.

Ia juga boleh menjadi pertandingan tiga penjuru apabila Ketua Pemuda Batu, Datuk Goh Gaik Meng dan Timbalan Ketua Pemuda Gombak Vince Ong dikatakan ingin menyertai dalam merebut jawatan itu.

Bagi sayap wanita, Datuk Heng Seai Kie dan Tan Cheng Liang bersedia untuk merebut jawatan Ketua Wanita.

Ketua Wanita, Datuk Yu Chok Tow tidak mempertahankan jawatan beliau.

Heng merupakan Ketua Wanita Perak manakala Tan gagal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Pulau Pinang apabila beliau ditewaskan oleh Ooi Siew Kim yang merupakan seorang peguam.

Pencalonan untuk sayap Pemuda dan Wanita akan pada 16 Disember, manakala pemilihan masing-masing pada 19 dan 20 Disember.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan