Malaysia Import Kira-Kira 30 Peratus Beras Tampung Bekalan Negara

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Malaysia mengimport kira-kira 30 peratus beras untuk menampung keperluan dalam negara ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Hashim Abdullah.

Beliau berkata negara sedang menuju sifar aktiviti import beras dengan melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan tanaman padi saraan diri mencapai 100 peratus.

"Pada masa ini, beras yang dihasilkan hanya dapat memenuhi 72 peratus keperluan penduduk dan disebabkan itu, kerajaan menambah jelapang padi di Pahang, Sabah dan Sarawak sebagai usaha mengurangkan import beras dari negara jiran.

"Selain itu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) juga sentiasa mengadakan penyelidikan terhadap benih-benih padi baharu bagi menggalakkan petani menanam serta mendapatkan cara baharu supaya padi boleh terus ditanam tanpa mengguna air yang banyak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peruntukan pelaksanaan Program Touch Point dan ramah mesra kementerian itu bersama rakyat negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini Selasa.

Sementara itu, Hashim berkata laporan Organisasi Makanan dan Pertanian Negara Bersatu (FOA) menunjukkan berlaku pembaziran makanan sebanyak 1.3 bilion metrik tan di seluruh dunia.

"Ini kesan daripada beberapa perkara, yang pertama kecuaian kita semasa mengendalikan makanan. Contohnya, pada masa penuaian padi, ada banyak padi yang terbuang, begitu juga ketika musim buah-buahan, banyak yang kita tak kutip buah-buahan itu buruk begitu sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan