KMPP Mahu Anggota Parlimen Jelutong Mohon Maaf Isu 'Kucing Kurap'

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun memohon maaf dan menarik balik tuduhan 'kucing kurap' terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dalam tempoh 48 jam mulai Selasa.

Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata: "Bagi menjernihkan keadaan, KMPP cabar Ooi supaya memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang kebanyakannya adalah orang Melayu dan jika dia gagal berbuat demikian kita tidak teragak-agak untuk mengadakan satu perhimpunan aman bagi mendesaknya.

"Selain itu, KMPP juga beri jaminan beliau tidak akan dipilih lagi sebagai anggota parlimen kawasan berkenaan oleh penduduk Jelutong terutama orang Melayu kerana 'sikap biadapnya'.

"Itu janji saya sebagai salah seorang pengundi di kawasan berkenaan," kata Rahmad yang juga bekas anggota DAP pada sidang akhbar di sini Selasa.

Ooi dikatakan melabel sebagai 'kucing kurap' beberapa pegawai MPPP Sabtu lepas kerana mereka gagal membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir, tiada dalam sesi lawatan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan