Kerajaan Selangor Tetap Salahkan Syabas Dalam Masalah Air

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kekurangan bekalan air terawat di Selangor adalah akibat kegagalan mengatasi ketirisan kira-kira 30 peratus daripada bekalan 4,635 juta liter sehari yang dikeluarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inilah yang menyebabkan kita kekurangan air terawat, jawapannya kita mesti menyelesaikan masalah NRW (air tidak membawa hasil akibat ketirisan)," kata beliau menjawab soalan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) semasa sesi soal jawab di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Amiruddin ingin tahu sama ada bilangan loji air dan kapasitinya mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Selangor kini dan jangka panjang.

Menteri Besar berkata menurut perjanjian, pemegang konsesi Syabas sepatutnya menurunkan kadar NRW (non-revenue water) daripada 30 peratus kepada 19.9 peratus tetapi sekarang sebaliknya meningkat kepada 33 peratus.

Terdapat 34 loji rawatan di Selangor.

"Kesimpulannya, kerajaan negeri berpendapat Syabas dan syarikat induknya Puncak Niaga tak punya keupayaan dari segi pengurusan, kedua dari segi kekuatan modal untuk selesaikan perkara ini," kata Abdul Khalid.

Menjawab soalan tambahan Sulaiman Razak (BN-Permatang) bahawa pembekuan perbelanjaan modal (capex) Syabas menyebabkan Syabas tidak dapat mampu menurunkan kadar NRW, Abdul Khalid berkata nampaknya "suara Permatang macam suara Syabas."

Beliau (Abdul Khalid) berkata Syabas dalam perjanjian mengatakan ia boleh menurunkan NRW dengan perbelanjaan RM784 juta tetapi capex sebenar Syabas ialah RM1.2 bilion untuk tujuan itu.

Abdul Khalid juga berkata capex Syabas diperolehi daripada pinjaman kerajaan Persekutuan berjumlah lebih RM500 juta tanpa faedah selama lima tahun.

Bagaimanapun, Sulaiman bangkit dan mengulangi soalannya berhubung kesan pembekuan capex kepada usaha Syabas. Beliau turut memaklumkan dewan bahawa pinjaman kepada Syabas hanya akan dibayar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengikut kemajuan kerja yang dilaksanakan Syabas.

Abdul Khalid pula berkata pada tahun 2006 lagi Kerajaan Persekutuan berpendapat Syabas tidak mempunyai keupayaan dalam mengurangkan NRW.

Beliau berkata terdapat krisis tender bagi pembekalan paip di mana Puncak Niaga didapati adalah pihak yang memasuki tender berkenaan, setelah semakan dilakukan.

"Kerajaan Negeri akan menyelesaikan perkara ini. Negeri dah bersetuju untuk ambil alih dan saya akan bawa rakyat Selangor untuk menentang siapa yang tidak memberikan kita menguasai aset air," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan