Kerajaan Perlu Kaji Kewujudan Kedai Dan Restoran 24 Jam

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini.

Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan, berkata kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat, keselamatan dan kesihatan.

"Perkara ini kita kena adakan satu kajian. Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam, yang ada pun mungkin 7Eleven. Jadi kerajaan kena teliti semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Jelajah Media Pulau Pinang: Pencegahan Jenayah', di sini Selasa.

Sulaiman berkata, kewujudan kedai dan restoran 24 jam itu bukan sahaja mendorong masyarakat kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat, malah ia juga mendedahkan mereka kepada ancaman jenayah.

"Ibu bapa juga boleh mengawal pergerakan anak-anak mereka terutama pada waktu malam. Lambakan kedai-kedai 24 jam boleh mendorong generasi muda untuk melepak sekaligus terdedah dengan gejala negatif," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Sulaiman menasihatkan media supaya tidak memperbesar dan menokok tambah sesuatu isu, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara.

Katanya, laporan sebegitu boleh memberikan imej buruk Malaysia kepada negara luar sekaligus menyekat kedatangan pelancong ke Malaysia.

Program Jelajah Media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai isu-isu nasional yang memberi impak kepada negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan