Ekonomi Malaysia Antara Yang Paling Kukuh Di Rantau Ini

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia merupakan antara yang paling teguh di rantau ini dengan permintaan domestik menjadi pemacu pertumbuhan utama di tengah-tengah perbelanjaan kukuh kerajaan.

Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Ekonomi AMP Capital, Shane Oliver berkata ini akan memastikan ekonominya akan terus menjadi antara yang paling dinamik di rantau ini.

"Saya menilai Malaysia sangat tinggi. Walaupun terdapat peluang besar di Indonesia dan Thailand, Malaysia akan sentiasa menonjol dari segi negara yang bertindak secara bersepadu dalam membangunkan negara," katanya pada ABC News dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Oliver berkata persekitaran pelaburan yang menggalakkan telah menyokong pengembangan kukuh ekonomi.

"Satu perkara yang anda nampak tentang Malaysia ialah keazaman untuk berjaya dan kita telah melihat ini selama 20 tahun sekarang.

"Anda boleh berhujah politik dan semua perkara seperti yang lazimnya orang Barat lakukan tetapi apa yang penting ialah kerajaan Malaysia nampaknya telah menjalankan tugas yang amat baik dalam menarik pelaburan dan menyediakan persekitaran menarik bagi syarikat untuk datang melabur dan mengekalkan pertumbuhan," kata Oliver.

Beliau berkata ekonomi Malaysia agak kukuh dengan pertumbuhan dijangkakan sekitar 4.5 peratus tahun ini.

Oliver berkata gelembung kredit isi rumah tidak dilihat memberikan risiko utama.

"Pandangan saya ialah sekiranya hutang berterusan meningkat maka ya ia akan menjadi satu kebimbangan.

"Kita bermula daripada asas agak rendah dan saya rasa kemungkinan masih jauh lagi sebelum kita terlalu bimbang dengan hutang isi rumah di Malaysia," katanya.

Mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST), Oliver berkata: "Saya rasa terdapat peluang baik ia akan dilaksanakan. Kerajaan menuju ke arah hala tuju ini kerana GST, walaupun tidak seluas seperti yang diharapkan oleh pakar ekonomi, ia masih cukai yang baik dari segi membawa masuk pendapatan tetapi tidak menyebabkan hereton ekonomi seperti yang boleh dibawakan oleh cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat.

GST akan menggantikan sistem rumit pelbagai cukai jualan dan perkhidmatan sekarang dan manfaat utamanya menjadi lebih cekap dan mengembangkan asas cukai diharap dapat mengimbangi penurunan pendapatan minyak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan