Dr Mahathir Dibenar Keluar IJN

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November lalu kerana jangkitan dada.

Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu.

Semasa menerima rawatan di IJN, Dr Mahathir, 88, menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 November dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 November. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan