Demonstrasi Jalanan Pembangkang, Jejaskan Industri Pelancongan - Exco

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Demonstrasi jalanan yang dipelopori pembangkang merupakan antara faktor yang menjejaskan kedatangan pelancong asing ke Pahang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.

Beliau berkata keamanan dan kestabilan politik merupakan perkara asas bagi membolehkan pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke sesuatu destinasi pelancongan menarik, termasuk di negeri ini.

"Namun, bantahan atau demonstrasi jalanan yang dibuat pembangkang seperti Bersih 1,2 dan 3 juga menjejas dan menakutkan pelancong untuk datang semula ke negara ini dan akhirnya merugikan negara.

"Kita mahu menggalakkan lebih ramai pelancong datang tetapi kita dapati pembangkang turut membuat tohmahan terhadap kerajaan menerusi laman media sosial seperti YouTube. Ini juga sebenarnya memberi kesan kepada kehadiran pelancong," katanya.

Beliau menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) mengenai peningkatan kes jenayah boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke Pahang, semasa sesi menggulung perbahasan Bajet 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Sri Pahang di sini Selasa.

Beliau turut berkongsi pengalaman terkandas di Bangkok, Thailand, ketika menghadiri satu persidangan apabila lapangan terbang bandar raya itu terpaksa ditutup akibat kekacauan politik dan demonstrasi jalanan oleh penyokong antikerajaan, beberapa tahun lalu.

Mohd Sharkar berkata, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri berusaha mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara termasuk di Pahang menerusi pelbagai pendekatan termasuk Ops Cantas.

"Jenayah ada di mana-mana termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tetapi kerajaan kita akan terus berusaha mengawalnya bagi mewujudkan persekitaran yang aman," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti beberapa produk baharu yang berpotensi untuk dipopularkan sebagai destinasi ekopelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Festival Malaysia 2015.

Antaranya, kawasan tanah lembap di Bebar dan Runchang, Pekan yang kaya dengan flora dan fauna, selain mendapat pengiktirafan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) sebagai kawasan berkepentingan burung.

"Kita juga akan mengadakan penjenamaan semula produk pelancongan menerusi slogan 'Panaromic Pahang' bagi memudahkan pelancong mengenali lebih dekat dan memperoleh semua maklumat dengan lebih mudah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan