400 Pelajar Asing Dakwa Ditipu Kolej, Program Diploma Tidak Wujud

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara 400 pelajar asing yang membuat laporan berhubung dakwaan ditipu oleh sebuah kolej swasta kerana menawarkan program diploma yang tidak wujud.
Antara 400 pelajar asing yang membuat laporan berhubung dakwaan ditipu oleh sebuah kolej swasta kerana menawarkan program diploma yang tidak wujud.

PETALING JAYA: Kira-kira 400 pelajar asing mendakwa mereka menjadi mangsa penipuan kolej dengan kerugian RM8 juta apabila program diploma yang dimohon tidak wujud.

Para pelajar tersebut telah membayar RM20,000 seorang untuk yuran pengajian tetapi kemudian mendapati bahawa kolej berkenaan tidak menawarkan program itu.

Pelajar Faheem Khan, 24, berkata dia datang dari India untuk mengikuti kursus diploma dalam pengurusan pelayaran di sebuah kolej tempatan yang menjanjikan gaji yang tinggi dan penempatan pekerjaan selepas tamat program.

"Daripada pergi ke kelas, kami telah dihantar untuk bekerja di sebuah hotel lima bintang selama kira-kira 12 hingga 16 jam sehari dengan alasan menjalani latihan amali," katanya pada sidang media yang dianjurkan oleh Tenaganita di sini, Isnin.

Faheem berkata, dia memfailkan tuntutan bayaran balik di Tribunal Pengguna dan memenangi kes itu tetapi kolej swasta terbabit mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

"Pada 19 November lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu tetapi saya masih bimbang sekiranya kolej mungkin merayu lagi," katanya sambil menambah bahawa laporan polis terhadap kolej itu telah dibuat.

Warga Nepal, Rojinna Risal, 22, berhenti kerja di negara asal kerana dia berpendapat ia sebuah kolej antarabangsa yang berkredibiliti.

"Pegawai bahagian pengambilan memberitahu kami bahawa kami dijamin mendapat tempat latihan amali di syarikat-syarikat pelayaran yang diiktiraf dengan gaji bermula dari RM4,838 kepada RM8,063.

"Tetapi sebaliknya mereka memaksa kami untuk bekerja di hotel.

"Visa kami akan tamat tempoh tidak lama lagi dan saya bimbang sekiranya pihak kolej akan melarikan wang kami," katanya.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr Irene Fernandez menggesa pihak berkuasa untuk menggantung operasi kolej swasta itu kerana ia masih menarik ramai pelajar dari seluruh dunia.

Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, kementerian akan menyiasat dakwaan-dakwaan terhadap institusi tersebut.

"Kami tidak akan membiarkan amalan (penipuan) tersebut.

"Tindakan akan diambil terhadap kolej sekiranya dakwaan itu benar," kata beliau sambil menambah bahawa kementerian memandang serius berhubung isu itu kerana ia boleh menjejaskan imej negara ini sebagai hab pendidikan antarabangsa.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan