22,320 Warga Asing Ikuti Program Malaysia Rumah Keduaku - Berita Semasa | mStar

22,320 Warga Asing Ikuti Program Malaysia Rumah Keduaku

Diterbitkan: Selasa, 26 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 22,320 warganegara asing diluluskan untuk tinggal secara jangka panjang di negara ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) sehingga Ogos lepas.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, warganegara asing itu adalah dari 122 negara termasuk China, Jepun, Bangladesh, United Kingdom (UK) dan Iran.

Daripada jumlah itu, paling ramai adalah dari China iaitu 4,187 orang diikuti Jepun (2,880), Bangladesh (2,603), UK (2,016) dan Iran (1,266), katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan anggota Parlimen Lim Lip Eng (DAP-Segambut)yang diedarkan di lobi Parlimen pada Selasa.

Pada Isnin, Lim bertanya mengenai statistik warganegara asing yang berhijrah ke Malaysia dengan menyertai program MM2H sejak program itu diperkenalkan pada 2002 serta cadangan meningkatkan kriteria menyertai MM2H.

Mohamed Nazri berkata buat masa ini, kementerian tiada cadangan untuk mengubah kriteria bagi warganegara asing yang mahu menyertai MM2H.

Program MM2H dipromosikan kerajaan bagi membenarkan rakyat asing yang memenuhi kriteria tertentu menetap di Malaysia selama mungkin dengan menggunakan pas lawatan sosial kemasukan pelbagai.

Pas lawatan sosial itu pada mulanya adalah untuk tempoh 10 tahun dan boleh dibaharui tetapi rakyat asing yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia tidak layak dan perlu memohon permit pasangan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan