Pembangkang Masih Gagal Lantik Ketua Di Melaka

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Parti pembangkang di Melaka masih gagal melantik ketua pembangkang untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Anggota DUN Duyong, Goh Leong San meletak jawatan pada 8 Oktober lepas.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad pada persidangan DUN ke-13 di Dewan Undangan Negeri, Ayer Keroh di sini Isnin.

Othman berkata, beliau setakat ini belum menerima nama anggota dewan undangan negeri dari parti pembangkang untuk mengisi kekosongan itu.

"Saya telah menulis surat kepada ibu pejabat Pakatan Rakyat lebih sebulan, tetapi belum ada nama pengganti," katanya.

Terdahulu, Datuk Ghazale Mohamad (BN-Rim) memohon sidang DUN mengumumkan nama ketua pembangkang negeri Melaka.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan anggota DUN dari Barisan Nasional (BN) berurusan dengan pihak pembangkang.

Goh yang juga Pengerusi DAP negeri sebelum ini meletak jawatan sebagai ketua pembangkang tanpa menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

DAP memenangi enam daripada 28 kerusi DUN manakala PAS memperoleh satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Dalam pada itu, ketiadaan ketua pembangkang menjadi usikan beberapa anggota DUN dari BN termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang menyifatkan pembangkang sebagai "cukup bagus ada pasukan tetapi sukar tanpa ketua". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan