PAS Perlu Akui Kejayaan SPR - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jawatankuasa Pemilihan PAS pada Jumaat lalu terpaksa membatal dan menangguhkan bagi mengadakan pengundian semula bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas berlaku kesilapan pada kertas undi.
Jawatankuasa Pemilihan PAS pada Jumaat lalu terpaksa membatal dan menangguhkan bagi mengadakan pengundian semula bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat selepas berlaku kesilapan pada kertas undi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.

Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.

"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.

Sementara itu, Shahidan turut menegur pihak media dan blogger yang banyak menyebarkan pembohongan oleh pihak pembangkang namun tidak melaporkan fakta dan bukti yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

"Segala pembohongan dan kenyataan tidak berasas oleh pembangkang dianggap berita namun apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan berasaskan fakta dan bukti yang jelas, tiada pihak yang melaporkannya," katanya.

Shahidan mahu semua pihak terutama media yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat serta perbahasan yang berlangsung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya melakukan "check and balance" dalam laporan mereka.

"Kita lihat sekarang pemberitaan di Parlimen kini hanya mengambil kira pendapat seorang atau dua ahli parlimen sahaja dan itu sudah cukup bagi mereka menyatakan ia adalah pendapat semua ahli parlimen," katanya.

Menurut Shahidan lagi, keadaaan ini amat bahaya kerana ia boleh mencetuskan keadaan huru-hara dan panik di kalangan rakyat yang mungkin keliru dengan laporan yang tidak lengkap atau tidak tepat itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan