Kerajaan Jamin Anggota Parlimen Belia Tidak Bersifat Partisan

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa Anggota Parlimen Belia bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik dan tidak bersifat partisan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata ini kerana generasi muda pada masa kini menyukai konsep terbuka dan cetusan idea-idea baharu.

"Parlimen Belia Malaysia adalah platform belia menyuarakan idea dan pandangan berkaitan isu semasa ke arah membantu mempertingkatkan usaha pembangunan negara selain daripada berbahas dan membincangkan isu terpilih dalam sidang Parlimen Belia setiap tahun," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zainudin Ismail (BN-Jelebu) mengenai sejauh mana kerajaan boleh tentukan Parlimen Belia tidak bersifat partisan.

Saravanan berkata, Anggota Parlimen Belia juga diberi keutamaan menyertai program belia yang dianjurkan kementerian serta diberi peluang mengikuti program kepimpinan dan komuniti.

"Tumpuan akan diberikan supaya mereka dapat memaksimumkan potensi diri dan menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Menjawab soalan Zainudin mengenai jumlah yang berdaftar sebagai pengundi Parlimen Belia Malaysia, Saravanan berkata sehingga kini, seramai 102,529 orang sudah mendaftar.

Beliau berkata, kriteria untuk menjadi pemilih atau pengundi Anggota Parlimen Belia ialah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun tanpa mengira latar belakang.

"Manakala kriteria menjadi calon Anggota Parlimen Belia ialah warganegara Malaysia had umur 18 hingga 30 tahun semasa memohon, tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak muflis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan