Dewan Ulama Ulangi Saranan Minta PAS Kaji Tahaluf Siyasi Dalam PR

Diterbitkan: Isnin, 25 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS mengulangi saranan supaya parti itu mengkaji semula Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata kajian itu perlu diadakan bagi membuat penambahbaikan sama ada dari segi politik atau dasar-dasar yang terkandung dalam kerjasama itu.

Sepanjang Tahaluf Siyasi itu, beliau berkata sudah tentu ada kelemahan dan kekurangan dalam kerjasama itu.

"Apa salahnya Dewan Ulama meminta supaya Majlis Syura dan PAS pusat mengkaji semula Tahaluf Siyasi," katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS ke-59 di sini.

Jika kajian mengenai Tahaluf Siyasi itu memuaskan dan memberi keseimbangan dalam PR, beliau berkata Dewan Ulama akan menyokongnya.

Pada Muktamar Dewan Ulama ke-52 Khamis lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menggesa supaya kepimpinan PAS menyemak semula Tahaluf Siyasi ekoran kemelut kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang meminta pendaftaran parti Islam itu dibatalkan.

Harun sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mengkaji semula kerjasama politik itu selepas sokongan pengundi Melayu terhadap PAS merosot dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sementara itu, anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika membentangkan laporan PRU-13 berkata sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu menurun dua peratus.

Sebaliknya, DAP menerima peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu sebanyak dua peratus, katanya.

PKR turut mengalami nasib sama seperti PAS apabila sokongan Melayu merosot tujuh peratus.

"Sokongan wanita Melayu masih di tahap rendah iaitu sebanyak 30 hingga 35 peratus, sokongan muda Melayu pula hanya 45 hingga 46 peratus," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan