Saya Nak Tengok Hadi Jadi PM Walau Sehari - Husam

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Husam Musa
Husam Musa

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS ke-59 sekali lagi menyaksikan sokongan ahli parti itu kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam berkata, ahli parti itu perlu yakin dan berusaha untuk memberi pengiktirafan kepada Abdul Hadi walaupun PAS menjalinkan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Saya nak tengok Datuk Seri Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri sebelum dia mati walaupun cuma satu hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Ahad.

Tegas Husam, yang berjaya mengekalkan kedudukan Naib Presiden PAS bagi penggal kedua pada pemilihan kali ini, ahli parti itu perlu elak daripada dikelirukan kononnya PAS akan meninggalkan dasar perjuangannya demi menuju Putrajaya.

Menurut beliau, kenyataan negatif seperti itu boleh melemahkan ahli PAS untuk melihat parti itu mencapai kejayaan di peringkat Persekutuan.

"Kata-kata bahawa PAS mungkin akan meninggalkan dasarnya di pintu Putrajaya semata-mata untuk memerintah negara perlu dielakkan," katanya.

Kenyataan itu sebagai reaksi kepada perbahasan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden apabila menyuarakan kebimbangannya sekiranya PAS akan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam demi mencapai matlamat mentadbir Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan