Pertandingan Naib Presiden Pamer Tiga Elemen Kepimpinan Dalam PAS

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Salahudin Ayub ketika menghadiri Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Ahad. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Salahudin Ayub ketika menghadiri Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Ahad. -foto AZHAR MAHFOF/The Star

SHAH ALAM: Barisan Naib Presiden PAS yang dipilih pada Muktamar PAS ke-59 mewakili tiga elemen kepimpinan dalam parti itu iaitu ulama, aktivis dan profesional, kata muka baharu jawatan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Mungkin orang melihat Salahuddin sebagai aktivis parti, Husam sebagai profesional, dan ana (saya) dilihat dalam konteks ulamak," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, yang memenangi jawatan itu bersama penyandang Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dalam pertandingan lima penjuru.

Pengumuman keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden itu ditangguhkan ke hari Ahad berikutan pengiraan semula undi pada Sabtu.

Sementara itu, penyandang yang tewas dalam pertandingan itu Datuk Mahfuz Omar memohon maaf di hadapan kira-kira 1,129 perwakilan terhadap sebarang kekurangan ketika memegang jawatan itu selain menyifatkan soal jawatan atau kedudukan bukan suatu kepentingan sebaliknya perjuangan parti.

"Saya tidak kisah (kalah) kerana saya sudah tiga kali bertanding jawatan itu. Saya redha dan hormati keputusan yang dibuat perwakilan," katanya selepas pengumuman keputusan, sambil menolak andaiaan pengiraan semula undi menjadi punca kekalahannya.

Husam, yang berjaya mempertahankan jawatannya setelah meraih 520 undi, pula meluahkan rasa sedihnya apabila Mahfuz yang disifatkan sebagai sahabat "tergelincir" dalam pemilihan kali ini.

"Pada saya beliau lebih layak kerana beliau lebih petah dan mempunyai banyak idea berbanding saya ketika bermesyuarat.

"Apa pun keputusan telah dibuat, saya terima dengan hati terbuka. Tugas kita sekarang adalah untuk menyatupadukan PAS dan lupakan sengketa ekoran pemilihan ini, marilah kita melihat ke hadapan," katanya.

Ditanya mengenai majoriti tipis 16 undi yang diperolehinya dengan undi yang diterima Mahfuz, beliau berkata perkara itu sudah diduga.

"Sama ada saya atau Mahfuz, kami telah menjangkakan salah seorang daripada kami mungkin tergelincir," katanya.

Salahuddin pula berkata walaupun mendapat undian terbanyak iaitu 917 undi, beliau turut merasa sedih kerana pencabarnya Datuk Abu Bakar Chik yang dianggap sebagai abang tewas.

Abu Bakar, yang sebelum ini adalah anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan memperoleh 364 undi pada pemilihan itu, berkata beliau bertanding dengan jangkaan yang beliau akan tewas.

Abu Bakar bagaimanapun berkata beliau tetap menawarkan dirinya kerana merasakan parti memerlukan sumbangannya berdasarkan pengalaman beliau dalam kepimpinan pusat selama 30 tahun termasuk memegang jawatan Ketua Pemuda PAS selama 10 tahun sejak 1988.

Dengan pengalamannya dalam bidang pendidikan sebelum ini, Abu Bakar berkata beliau yakin dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah parti itu yang mengalami kemerosotan sokongan masyarakat Melayu.

Ini termasuk meningkatkan hubungan dengan mereka yang terlibat dalam sektor sosial dan ekonomi seperti ahli perniagaan, wakil-wakil industri dan teknokrat di Malaysia.

"Apa pun, para perwakilan PAS sebenarnya telah memikirkan siapa untuk mereka pilih kali ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan