PAS Sendiri Gagal Pastikan Kelancaran Pemilihan - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata PAS gagal memastikan kelancaran pemilihannya pada Muktamar Ke-59 parti itu apabila memerlukan dua hari untuk mengira semula undi bagi jawatan Naib Presiden.

Beliau berkata ini menunjukkan parti-parti pembangkang DAP dan PAS gagal membuktikan proses pemilihan parti mereka berjalan lancar tetapi masih mahu mempersoal proses pemilihan parti-parti lain terutamanya Umno.

"Bagaimana nak percayakan DAP dan PAS? Mereka gagal buktikan proses pemilihan parti sendiri yang tidak dapat berjalan dengan lancar...nak kira undi 1,000 lebih orang pun ambil masa dua hari. "Janganlah nak 'lecture' kita dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tentang proses pemilihan yang telus sedangkan (pemilihan) parti sendiri pun tak dapat nak kendalikan, 'this is a shame'," katanya dalam sidang media selepas merasmikan 'Batik Fun Walk 2013' anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia di sini, Ahad.

Pada SAbtu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Asmuni Awi mengumumkan pengiraan semula perlu diadakan bagi jawatan Naib Presiden apabila keputusan menunjukkan saingan rapat antara calon-calonnya. Ditanya mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi haram warga Bangladesh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Khairy berkata tuduhan itu tidak berasas kerana tiada bukti.

"Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan mesti berasaskan bukti kukuh...PRU merupakan satu landasan penting yang dapat membuktikan kesahihannya apabila rakyat memilih kerajaan dan ia juga dapat dilihat apabila tiada satu pun petisyen PRU yang difailkan tersangkut," katanya.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa beliau tidak percaya dengan dakwaan itu dan menafikan pembabitan warganegaranya dalam PRU-13. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan