Muslimat PAS Dedah Wujud Fatwa Haram Undi Wanita

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Muslimat PAS melahirkan kekesalan dengan tindakan sabotaj dalaman terhadap calon wanita parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mendedahkan, wujud fatwa yang disebarkan ahli parti itu sendiri bahawa adalah haram untuk mengundi calon wanita.

"Saya dapat maklumat ada satu, dua kes ada DUN dan kawasan yang tak berapa nak iktiraf calon muslimat.

"Paling malang ada yang menyebut haram undi muslimat...ini bercanggah dengan keputusan syura muktamar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Ahad.

Menurut Siti Zailah, Umno lebih kehadapan berbanding PAS dalam usaha mengiktiraf golongan wanita dalam parti itu di semua peringkat.

Justeru katanya, PAS seharusnya mencontohi Umno khususnya dalam mengangkat martabat kaum wanita.

"Jadi saya harap perkara ini diselesaikan kalau kita nak muslimat ke depan bersaing dengan kepimpinan wanita dari parti lain, untuk berdepan Wanita Umno dan Puteri Umno...muslimat perlu diposisikan supaya setaraf dengan mereka," katanya

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan