Mahfuz Gagal Pertahan Jawatan Naib Presiden PAS

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kiri) berpelukan dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Husam Musa selepas diumumkan sebagai Naib Presiden yang baharu bagi penggal 2013 - 2015, pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali - 59 di Stadium Melawati, Shah Alam pada Ahad.
-Foto BERNAMA.
Bekas Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kiri) berpelukan dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Husam Musa selepas diumumkan sebagai Naib Presiden yang baharu bagi penggal 2013 - 2015, pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali - 59 di Stadium Melawati, Shah Alam pada Ahad. -Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar gagal menempatkan diri dalam senarai tiga naib presiden dalam pemilihan parti itu yang berlangsung pada Jumaat apabila memperoleh 504 undi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, itu tewas kepada Datuk Husam Musa dengan hanya 16 undi yang berada di tangga ke tiga.

Husam yang juga penyandang jawatan itu sejak pemilihan 2011 mendapat 520 undi.

Seorang lagi penyandang, Salahuddin Ayub mendahului senarai naib presiden selepas mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 920 undi.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi kedua tertinggi dengan mendapat 849 undi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 10.50 pagi Ahad.

Seorang lagi calon yang tewas bagi jawatan itu ialah Datuk Abu Bakar Chik yang mendapat 364 undi.

Keputusan saingan naib presiden hanya diumumkan pada Ahad selepas pengiraan semula berikutan terdapat pertindihan jumlah undi yang diperoleh calon yang bertanding.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan