Kes Culik Di Semporna: Abang Mangsa Berada Di Filipina Untuk Misi Menyelamat

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Abang sulung kepada mangsa culik dari Taiwan, Chang An Wei, yang diculik di sebuah resort di Pulau Pom Pom, Sabah, berada di Filipina bagi memastikan kepulangan adik perempuannya.

Richard Chang dipetik 'Taiwan Apple Daily' sebagai berkata bahawa dia telah berada di negara itu sejak Jumaat untuk menyelesaikan pelan menyelamat dan mencari jalan untuk menyerahkan ubat kepada adiknya yang dilaporkan jatuh sakit dalam tawanan.

Apabila ditanya mengenai misinya untuk membawa pulang An Wei, dia menjawab bahawa dia "sangat optimis".

Mengenai spekulasi bahawa penculik menuntut wang tebusan RM10 juta untuk pembebasan An Wei, dia sambil berjenaka berkata permintaan sebanyak itu menyebabkan dia akan terlantar di hospital.

Akhbar harian sebelum ini melaporkan bahawa penggubal undang-undang Taiwan, Tsai Cheng- yuan mendakwa berhubung dengan penculik telah memberikan segala maklumat yang telah dikumpulkan tentang penculik dan juga tuntutan mereka kepada An Wei.

Beliau enggan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang rancangannya dan menambah apa yang boleh dilakukannya ialah menunggu dan lihat apa penculik mahu.

Pada 15 November kumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke sebuah vila air dan menembak mati suami An Wei, Hsu Li Min sebelum melarikannya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan