Kerajaan Digesa Putuskan Isu Tambang Bas Sekolah Sebelum Januari

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) menggesa kerajaan membuat keputusan berhubung cadangan menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus di seluruh negara sebelum sesi persekolahan bermula awal Januari depan.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata pihaknya menghantar cadangan itu kepada pihak kerajaan Jun lepas namun belum menerima sebarang maklum balas.

"Harga tambang bas yang sedia ada ini sudah tidak relevan bagi pengusaha bas kerana kadar yang dikenakan sekarang merupakan kadar yang ditetapkan lima tahun lalu iaitu sejak tahun 2009 dan sekarang sudah belaku kenaikan harga minyak serta harga kos penyelenggaraan bas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia Ahad.

Beliau berkata cadangan itu adalah susulan peningkatan kos operasi berikutan pelarasan subsidi yang menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lepas serta kenaikan kos penyelenggaraan bas sekolah.

Katanya, GPBSM turut mencadangkan agar kadar tambang bas bagi kawasan bandar dan luar bandar diselaras.

Kadar yang diguna pakai sejak tahun 2009 bagi bandar adalah RM27.43 bagi satu kilometer pertama dan ditambah RM2.05 sen untuk setiap kilometer seterusnya, manakala tambang bas sekolah di luar bandar adalah RM21.76 sen untuk satu kilometer pertama dan tambahan sebanyak RM2.05 bagi kilometer seterusnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan