Kau Menang Jua...

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star

MOHAMAD Sabu tidak pernah berada dalam situasi sepertimana yang dirasainya sehingga semalam, Sabtu, 23 November 2013, apabila nasib dan masa depan politiknya berada dalam tangan seribu lebih perwakilan ke Muktamar Tahunan PAS.

Beliau telah pun tewas dalam pilihan raya umum Mei lalu. Rakyat kebanyakan telah menolaknya. Beliau tidak boleh kalah dalam pertandingan di kalangan ahli-ahli partinya sendiri kali ini.

Mat Sabu mesti menang untuk melanjutkan nyawa politiknya sendiri. Jika tewas maka tamatlah riwayat politiknya. Mana mungkin Mat Sabu kalah dalam dua pertandingan berturut-turut. Tetapi beliau memang merasai bahang pertandingan kali ini.

Pada tahun 2011 Mat Sabu mencabar penyandang jawatan. Kali ini beliaulah penyandang jawatan itu. Beliau dicabar sepertimana beliau mencabar orang lain dua tahun lalu. Ketegangan memang tidak terelakkan lagi.

Bila keputusan diumum yang beliau menang dengan majoriti 98 undi, Mat Sabu menyambut pengumuman tersebut dengan wajah yang tidaklah begitu ceria, tidak sepertimana pada tahun 2011 apabila beliau menewaskan penyandang jawatan, Nasarudin Mat Isa.

Mat Sabu mendapat 588 undi manakala lawannya wakil Dewan Ulama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 490 undi.

Para perwakilan telah bersuara. Mereka tidak mahu kehilangan Mat Sabu sepertimana mereka kehilangannya pada pilihan raya yang lalu. Ada maruah yang perlu diselamatkan. Bukan maruah individu itu sendiri tapi maruah parti.

Sembilan puluh lapan perwakilan yang memenangkannya mungkin juga merasa kesian dengan susuk Mat Sabu. Jadi mereka mahu menyelamatkannya demi maruah parti.

Para ulama yang mahukan calon mereka menang tidak memgambil kira tentang maruah politik mahupun maruah parti. Mereka mahu mempertahankan legasi ulama itu sendiri di dalam parti.

Mereka lebih khuatir tentang orang yang macam manakah yang akan mengantikan Datuk Seri Haji Hadi Awang daripada memikirkan PAS itu sendiri sebagai sebuah parti dan sebuah organisasi walaupun PAS itu sendiri sudah melampaui legasi kepimpinan ulama.

PAS kini adalah parti yang diwakili oleh mereka yang datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan termasuklah yang sekular.

Namun generasi ulama mahu memastikan legasi kepimpinan ulama itu tidak terputus atau diambil alih oleh seorang yang bukan dari pengajian agama, pondok atau madrasah. Itulah masalahnya dalam PAS.

Tapi Mat Sabu tetap menang - tak kiralah beliau menang atas dasar merit atau kesian atau teknikal. Dulu pun beliau menang atas sebab teknikal. Kerana ulama ada dua wakil yang bertanding jawatan timbalan. Undi ulama terpecah dua, Mat Sabu yang muncul pemenang.

Kali ini ulama tekad tidak mahu mengulangi kesilapan yang serupa. Mereka memastikan mereka hanya diwakili seorang calon sahaja tapi mereka tetap gagal merampas semula kerusi tersebut daripada bukan ulama. Inilah yang dinamakan ketentuan Allah.

Mungkin sudah tiba masanya label 'ulama' dan 'bukan ulama' dipadamkan terus daripada imej PAS. Adalah tidak molek apabila seorang yang memakai imej ulama didapati tewas dalam pemilihan parti seolah-olah ahli menolak kepimpinan ulama.

Pada asasnya ulama tidak sewajarnya bertanding atau dipertandingkan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan