Bekas Adun Jabi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hassan Said
Hassan Said

JERTEH: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Hassan Said meninggal dunia setelah enam hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Nazirah (HSNZ) Kuala Terengganu kerana terbabit kemalangan jalan raya.

Hassan, 76, atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Hassan menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 8 pagi ini, kata anaknya Bahiah.

Katanya bapanya yang mengalami kecederaan pada paru-paru akibat patah tulang rusuk dalam kemalangan di Km1, Jalan Jerteh-Keruak, Hulu Besut pada Selasa lepas pada mulanya dirawat di Hospital Besut sebelum dirujuk ke HSNZ.

Bahiah, 47, berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Nering di sini selepas Zohor pada Ahad.

Allahyarham ialah Adun Jabi dari 1985 hingga 1991.

Sebelum dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 1985, Hassan merupakan Penyelia Sekolah-Sekolah Daerah Besut. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan