Tahaluf Siyasi Berjaya Tingkat Sokongan Pakatan Rakyat Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perwakilan PAS Melaka menyifatkan strategi tahaluf siyasi parti itu dalam Pakatan Rakyat sebagai berjaya apabila dapat meraih lebih banyak sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu.

Wakilnya, Ashraf berkata pada PRU - 13 yang lalu, undi terhadap Pakatan Rakyat meningkat daripada 43 peratus kepada 47 peratus sekaligus berjaya menurunkan undi popular Barisan Nasional (56 peratus kepada 53 peratus. )

"Paling menggembirakan adalah kami berjaya menumpaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kejayaan manis ini hasil tahaluf siyasi yang diperkenalkan dan diamalkan pada PRU-13 yang lalu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar di sini Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berharap agar strategi tersebut dikekalkan dalam membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU - 14) yang akan datang.

"Kita sokong tahaluf siyasi ini. Ia perlu diteruskan dan kita perbaiki segala kelemahan yang ada," katanya.

Pada Jumaat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang tetapi semua parti dalam Pakatan Rakyat adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap lebih tinggi," kata Abdul Hadi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan