Soalan Bocor: Kementerian Tubuh Pasukan Petugas Khas

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Ghafar Mahmud
Abdul Ghafar Mahmud

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.

Ini kerana katanya kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.

"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya," katanya dalam sidang media, di sini, Sabtu.

Abdul Ghafar berkata pihaknya bagaimanapun tidak menafikan dakwaan PPIM dan akan menyiasat kes itu secara terperinci.

Beliau yang ditemui selepas sesi perjumpaan Program Jurulatih Peningkatan Sekolah (SISC) dan Program Rakan Pembimbing Sekolah (SiPartner), diminta mengulas mengenai laporan media semalam yang memetik PPIM sebagai mendakwa mereka menerima aduan daripada tiga individu berhubung perkara tersebut.

Individu berkenaan yang turut hadir dalam sidang media PPIM itu juga menyerahkan salinan yang dikatakan kertas soalan bocor kepada pemberita. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan