PRN: PAS Sarawak Optimis Menang Sekurang-Kurangnya Satu Kerusi - Berita Semasa | mStar

PRN: PAS Sarawak Optimis Menang Sekurang-Kurangnya Satu Kerusi

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Sarawak yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang akan datang.

Perwakilannya, Mohd Arifazul Pajjo berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, bantuan jentera parti khususnya dari Semenanjung amat diperlukan.

"Persediaan rapi perlu dilakukan dari sekarang bagi membantu ahli PAS di sini menghadapi pilihan raya negeri yang saya rasa paling awal akan diadakan pada November atau Disember 2015," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke-59 di sini Sabtu.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-14, Mohd Arifazul berkata PAS Sarawak mensasarkan untuk bertanding 10 kerusi di peringkat DUN.

"Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyenaraikan 10 kerusi yang diyakini ada potensi untuk dimenangi parti ini," katanya.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lalu, PAS Sarawak diberi kepercayaan untuk bertanding lima kerusi Parlimen berbanding hanya satu kerusi pada 2008.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan