Polis Mulakan Operasi Pertama Menjejaki Pesalah Trafik

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis trafik Ipoh mengesan pesalah trafik ini dari rumah ke rumah.
Polis trafik Ipoh mengesan pesalah trafik ini dari rumah ke rumah.

PETALING JAYA: Ops Cantas Trafik telah dilancarkan secara-besaran dengan pihak polis sedang berusaha menjejaki pesalah trafik di seluruh negara.

Operasi berkenaan bermula di Ipoh, di mana anggota polis trafik dilihat mengetuk setiap pintu rumah dengan membawa dua waran tangkap yang dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang mempunyai lebih daripada 15 saman tertunggak.

Operasi pertama dijalankan antara pukul 3 hingga 6 petang Khamis.

Dalam Operasi yang dilancarkan di seluruh negara ini, pihak polis juga akan menahan pesalah trafik ini dalam sekatan jalan raya yang akan diadakan mulai minggu hadapan.

"Kami masih menyasarkan pesalah trafik biasa terlebih dahulu," kata Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff kepada The Star pada Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang kerana pesalah biasa akan diber peluang untuk membayar saman walaupun mereka ditahan.

"Objektif operasi ini ialah mahu pesalah trafik ini membayar saman mereka," tegasnya.

Mohd Fuad berkata pihak polis telah menyediakan waran tangkap kepada 215,000 pesalah trafik.

"Kami akan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara untuk menangkap pemandu yang melanggar undang-undang mulai minggu hadapan.

"Selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, pemandu ini akan dibawa ke balai polis sekiranya mereka enggan membayar saman berkenaan mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis bersama seorang penjamin," katanta sambil menambah, pihak polis akan memohon tarikh baru bagi individu yang mahu mencabar kes saman mereka atau memohon agar saman yang lebih rendah dikenakan.

Beliau berkata pihaknya telah bersiap sedia dengan kelengkapan mereka sebelum sekatan jalan raya diadakan pada minggu hadapan.

"Kami mahu memastikan semua kontinjen polis di setiap negeri bersiap sedia untuk menjalankan operasi dengan sebaik mungkin," katanya.

Ditanya mengenai aduan awam ekoran kesukaran menyemak saman di portal rasmi polis, Mohd Fuad berkata terdapat beberapa alternatif lain untuk berbuat demikian, antaranya ialah dengan melayari laman web www.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank "Orang ramai juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik. Anda juga boleh menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.

Sebelum ini dilaporkan jumlah pesalah trafik meningkat setiap tahun dan lebih menyedikan apabila mereka tidak membayar saman yang dikeluarkan.

Pada 2008, polis trafik telah menjejaki 96, 000 pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak dalam Ops Warta VII namun sehingga ini jumlah berkenaan telah meningkat hingga lebih daripada 1.7 juta.

Pihak polis tidak mampu menjejaki semua pesalah trafik ini pada satu-satu masa maka mereka menyasarkan lebih 251, 000 pesalah trafik tegar, pemandu kenderaan berta dan penuggang motosikal dalam fasa pertama Ops Cantas Trafik.

Notis juga telah dikeluarkan kepada pesalah trafik ini, memaklumkan bahawa waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan.

Pada masa yang sama, warang tangkap yang telah tamat tempoh turut diperbaharui.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan