Perwakilan PAS Sabah Kesal Ahli Tidak Diiktiraf

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Perwakilan PAS Sabah melahirkan kekecewaan apabila pimpinan dari negeri itu tidak diiktiraf oleh ahli partinya sendiri khususnya berhubung agihan jawatan di peringkat Pusat.

Wakil PAS Cawangan Kalabakan, Mohd Fazli Ahmad berkata, Umno dilihat lebih mengiktiraf ahlinya di seluruh negara khususnya Sabah apabila mempunyai enam orang ahli Majlis Tertinggi dari negeri itu termasuk seorang Naib Presiden.

"Bila pilihan raya selalu cakap Sabah perlu sumbang banyak kerusi, minta kami kerja keras untuk memenangkan negeri ini untuk pastikan kita boleh menang besar.

"Tapi pemimpin kami tidak diiktiraf, tidak diangkat di peringkat Pusat. Wakil kami daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat tidak dipilih oleh perwakilan dari semenanjung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar PAS Pusat ke-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

Ketika berbahas mengenai isu sama, Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah mengarahkannya supaya berhenti berucap kerana melebihi tempoh yang dibenarkan.

Bagaimanapun Mohd Fazli tidak menghiraukan arahan Abu Kassim dengan meminta masa tambahan diberikan kepadanya.

"Saya datang dari jauh, harga tiket kapal terbang mahal. Tapi kami datang juga. Dulu kami datang muktamar kena jual kain," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan