Perbankan Kini Jadi Industri Perkhidmatan Kewangan Dinamik Malaysia - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima setem khas di majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Satu Abad (100 tahun) RHB Bank Berhad di Kuala Lumpur, malam Sabtu. Turut hadir Pengerusi RHB Bank Berhad Tan Sri Azlan Zainol (lima kiri), Pengerusi RHB Investment ,Tan Sri Ong Leong Huat (empat kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Kellee Kam Chee Khiong (empat kiri). -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima setem khas di majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Satu Abad (100 tahun) RHB Bank Berhad di Kuala Lumpur, malam Sabtu. Turut hadir Pengerusi RHB Bank Berhad Tan Sri Azlan Zainol (lima kiri), Pengerusi RHB Investment ,Tan Sri Ong Leong Huat (empat kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Kellee Kam Chee Khiong (empat kiri). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seiring dengan ekonomi Malaysia yang mengalami permodenan, industri perbankan negara kini menjadi industri perkhidmatan kewangan yang dinamik, penting kepada kejayaan ekonomi lebih luas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata negara mempunyai harapan yang besar bagi sektor kewangan memandangkan sektor ini akan terus memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan ekonomi yang cergas dan mampan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata adalah penting bagi Malaysia untuk bersedia menghadapi risiko masa depan dan ketidaktentuan.

"Kita lihat dalam krisis kewangan baru-baru ini - yang Malaysia berjaya mengharungi dengan baik - kepentingan pengurusan ekonomi yang kukuh, berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

"Negara-negara dan syarikat-syarikat yang mengambil risiko terlalu banyak, atau diperjudikan untuk keuntungan jangka pendek, adalah antara yang terjejas dengan teruk.

"Oleh itu, kita mesti terus berusaha untuk kemampanan jangka panjang dalam pengurusan ekonomi dan perniagaan kita," kata Perdana Menteri pada majlis makan malam ulang tahun ke-100 penubuhan RHB Bank di sini malam Sabtu.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi RHB Bank Bhd, Tan Sri Azlan Zainol.

Sementara itu, Najib berkata pengumuman Bajet 2014 baru-baru ini adalah berdasarkan kepada tiga pertimbangan asas, iaitu untuk meningkatkan ekonomi, komitmen untuk transformasi dan pengukuhan daya tahan ekonomi.

Dasar-dasar yang diperkenalkan dalam bajet berkenaan telah diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa, kata beliau.

Ini dapat dilihat melalui pengumuman Moody's baru-baru ini, yang menaikkan prospek terhadap Malaysia kepada positif daripada stabil sementara Bank Dunia pula melonjakkan kedudukan Malaysia ke tempat keenam daripada 12 dalam laporan tahunan 'Doing Business' bagi tempat yang paling mudah di dunia untuk menjalankan perniagaan.

"Ini merupakan petunjuk yang sangat jelas mengenai langkah-langkah yang kita telah perkenalkan pada bajet tahun ini, yang mencerminkan kehendak politik terhadap pengukuhan fiskal untuk mengukuhkan pendapatan negara," kata Najib.

Beliau berkata kerajaan memahami peranan penting sektor perbankan dalam pembangunan ekonomi.

Pertumbuhan ekonomi yang berasaskan kepada sektor perbankan yang kukuh, yang sanggup dan dapat memberi pinjaman kepada sektor swasta dan pelaburan masa depan.

"Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berterusan juga akan mewujudkan peluang pembiayaan baharu kepada bank-bank, terutamanya dalam sektor swasta, yang akan berterusan menjadi enjin pertumbuhan akan datang," kata Najib.

RHB Bank bermula dengan penubuhan Kwong Yik Bank pada 1913, menjadikannya bank tempatan pertama Malaya dan selepas bergabung dengan DCB Bank Bhd pada 1997, dikenali sebagai RHB Bank Bhd. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan