PAS Sokong Titah Sultan Ibrahim Tukar Cuti Hujung Minggu Johor

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS menyambut baik titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menggembalikan cuti mingguan negeri itu ke hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sejak zaman penjajah sehingga 1994 cuti mingguan negeri itu yang asalnya ditetapkan pada hari Jumaat telah ditukar ke hari Ahad.

"Ia (pertukaran) berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar pada waktu itu.

"Kita menyokong sepenuhnya titah baginda yang pastinya amat dinanti-nanti rakyat Johor. Malahan, PAS telah lama memperjuangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan usul tergempar menjunjung kasih ke atas titah Sultan Johor yang mengisytiharkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Usul itu turut diluluskan pada Muktamar PAS kali ini.

Keputusan tersebut diumumkan Sultan Johor bersempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55 pada Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan