PAS Pusat Janji Campur Tangan Isu Pakatan Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan pemimpin Tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hadir, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke-59 di Stadium Melawati, di Shah Alam pada Jumaat.
-Foto BERNAMA
Antara barisan pemimpin Tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS) yang hadir, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohammad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke-59 di Stadium Melawati, di Shah Alam pada Jumaat. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Kemelut yang melanda PAS dan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang akhirnya memaksa campur tangan PAS Pusat apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan untuk mendapatkan penjelasan terpeinci mengenainya.

Presiden PAS itu berkata, hingga kini beliau hanya mengetahui mengenai krisis yang melanda dua sekutu pakatan pembangkang itu melalui media.

"Hingga kini saya hanya baca dari media, tak bertemu dengan rakan-rakan Pulau Pinang lagi.

"Insya-Allah bila saya dapat penjelasan daripada mereka, kita akan bincang sama-sama dalam Pakatan Rakyat. Masalah ini akan selesai secara dalaman bukan melalui media," katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai pendedahan perwakilan Pemuda PAS pada muktamar sayap itu bahawa PAS di Pulau Pinang diibaratkan umpama 'boneka' kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.

Malah sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd. Fauzi Yusof mengejut banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua kepada kerajaan DAP agar berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam.

Selain itu beliau juga menuntut kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng melantik lebih ramai pemimpin PAS sebagai ahli majlis negeri.

Mengulas lanjut Abdul Hadi bagaimanapun mengakui masih banyak masalah yang wujud antara kerjasama parti itu dengan DAP di Pulau Pinang.

"Banyak perkara yang tidak sempurna lagi, tapi banyak yang positif," katanya ringkas.

Namun jelas Abdul Hadi, beliau menghargai usaha kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang yang mengiktiraf sumbangan parti itu dalam kerjasama politik mereka.

"Saya sangat menghargai rakan-rakan Pulau Pinang kerana memberi tempat yang begitu besar kepada PAS walaupun kita hanya menang satu kerusi sahaja.

"Peranan yang diberi cukup besar. Cuma terpulang untuk mengisi peranan itu. Sudah tentu ada masalah yang belum selesai," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan