Ekonomi Negeri Johor Dijangka Berkembang Kukuh Tahun Depan

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

MUAR: Ekonomi negeri Johor dijangka terus mencatatkan pertumbuhan kukuh pada kadar 6.1 peratus pada tahun ini dan mampu mencapai pertumbuhan antara 5.5 peratus sehingga 6.1 peratus pada tahun depan berdasarkan senario pelaburan pada tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemampanan pertumbuhan ekonomi negeri ini banyak didorong oleh kerancakan pelaburan di Wilayah Iskandar Malaysia yang kini mencatat pelaburan sebanyak RM129.4 billion.

"Berkat pemerintahan Tuanku (Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar), Johor juga berjaya melakar sejarah kerana buat pertama kalinya nilai pelaburan negeri sehingga Ogos lepas mencatatkan penerimaan pelaburan industri tertinggi negara iaitu RM8.8 billion.

"Berdasarkan penunjuk ekonomi yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), ini jauh meninggalkan negeri-negeri besar yang lain seperti Sabah, Sarawak dan Selangor," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa mempersembahkan ucapan sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, Sabtu. Turut berangkat pada majlis tersebut, isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah,Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda Sultan Johor.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Mohamed Khaled berkata dengan pengukuhan ekonomi negeri itu, ia akan membawa limpahan kepada seluruh rakyat Johor termasuk dalam menyediakan peluang pekerjaan.

"Misalnya, di Wilayah Iskandar sahaja sebanyak 554,796 peluang pekerjaan telah diwujudkan di mana 15 peratus daripada jenis pekerjaan itu melibatkan tenaga kerja mahir dan profesional, manakala 16 peratus pula tenaga kerja separa mahir.

"Mengikut pengumpulan maklum balas daripada pelabur sedia ada di wilayah berkenaan, mereka mengunjurkan 56,000 lagi peluang pekerjaan akan diwujudkan sehingga tahun 2015," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ekonomi Johor kini dilebar dan diperkukuhkan lagi dengan penumpuan pelaburan industri minyak, gas dan petrokimia di Tenggara Johor iaitu di Pengerang, dan di Barat Daya Johor iaitu di Tanjung Bin yang bakal mewujudkan 120,000 peluang pekerjaan melibatkan sektor profesional, separa mahir, mahupun teknikal. "Namun di atas segala kejayaan yang dikecapi kini, kita tidak akan cepat merasa selesa dan cukup dengan sekadar apa yang ada, maka atas sebab itu kerajaan negeri sedang menjalankan perancangan rapi dengan menjalankan kajian 'Johor Growth Vision And Strategic Thrust'.

"Ini demi membugarkan dan mengakarkan lagi kekuatan ekonomi negeri supaya Johor berupaya menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Selain usaha memajukan ekonomi negeri, katanya kerajaan negeri komited menjaga kesejahteraan rakyat dengan melakukan kajian menerusi Suara Hati Johor dan hasilnya tujuh perkara utama telah dikenalpasti menjadi fokus utama kehendak rakyat.

Menurutnya tujuh perkara berkenaan ialah perumahan, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar, agama Islam, ekonomi dan keusahawanan, infrastruktur serta kos sara hidup.

Dalam fokus perumahan, misalnya kerajaan negeri menyasarkan pembinaan 28,000 unit Rumah Mampu Milik Johor untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2018, manakala pembinaan 5,474 unit rumah untuk disewa di bawah Projek Perumahan Rakyat akan dilaksanakan bermula tahun depan.

Dalam bidang infrastruktur pula, kerajaan negeri telah memilih sistem 'Bus Rapid Transit' (BRT) sebagai medium pengangkutan utama yang menghubungkan kesemua Wilayah Iskandar manakala bagi seluruh negeri Johor pula, sistem bas henti-henti akan dilaksanakan bermula di Kota Tinggi dan Kluang.

"Bagi fokus agama Islam, kerajaan negeri berusaha gigih untuk memastikan syiar Islam terus berkembang subur dan dibudayakan tanpa melarang beragama penganut lain dan antara usaha yang akan dilakukan termasuk menyediakan keperluan pendidikan Islam yang lebih baik, membantu golongan asnaf fakir miskin serta memperkasakan pendidikan Islam di Tabika Kemas.

"Begitu juga dalam fokus alam sekitar kelestarian alam sekitar turut dipertahankan sama ada udara, darat dan air, sungai-sungai serta perairan dipulihara untuk dinikmati oleh rakyat sepanjang zaman dan menjelang tahun 2015 Wilayah Iskandar akan menjadi wilayah rendah karbon," katanya.

Mohamed Khaled berkata, pencapaian Johor ini banyak didorong dan didokong oleh nilai permuafakatan antara rakyat berbilang kaum yang sanggup berkompromi dan berlebih kurang dengan menganggap perbezaan adalah satu kekuatan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

"Inilah dia cara Johor dan inilah dia resepi kejayaan Johor," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan