DAP Singkir PAS Di Pulau Pinang - Perwakilan

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Muktamar Tahunan PAS ke-59 dihangatkan dengan kemelut hubungan politik antara parti itu dengan sekutunya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Seolah-olah ketegangan antara dua sekutu itu sudah berada di kemuncaknya, perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Nor Haron dengan lantang mempersoalkan keikhlasan 'tahaluf siyasi' kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng apabila mengamalkan sikap pilih kasih terhadap PAS.

"Bila dekat pilihan raya, panggil kita (PAS) untuk deraf manifesto, namun bila berhadapan dengan kemenangan PRU-13, PAS seolah-olah disingkirkan.

"Adakah PAS menjadi musuh dan pesaing bagi rakan dalam pakatan sendiri dan bukannya Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Stadium Melawati di sini, Sabtu.

Tegas Mohd Nor, layanan buruk kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap PAS sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lagi mencerminkan sikap tidak ikhlas kerjasama politik yang dijalinkan.

"Walaupun menang satu kerusi di DUN Permatang Pasir, tapi jangan anggap kita tak diperlukan. Bila kita menang PRU-12 adakah patut jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya diberikan dua kerusi kepada PAS manakala empat jawatan diberi kepada NGO.

"Adakah ini untuk 'membatu nisankan' PAS? Menerusi portfolio tertentu dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga diberikan kuasa, namun berlaku campur tangan kuasa di situ," katanya.

Krisis hubungan politik di Pulau Pinang mula timbul apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengejutkan banyak pihak dalam pakatan apabila memberi kata dua untuk mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.

Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang, Datuk Mohd Salleh Man untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah majlis itu.

Mengulas lanjut Mohd Nor berkata, slogan Cekap, Akauntabliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan kerajaan negeri Pulau Pinang itu gagal dipraktikkan dengan baik khususnya membabitkan hubungan politik dengan PAS.

"Adakah ini cara pentadbiran CAT. Kita harap CAT bukan kucing yang cakar mangsanya tapi jadilah kucing yang penyayang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan