Dakwaan Wujud Pengundi Hantu, MIC Bahagian Taiping Perlu Digantung

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang anggota MIC Bahagian Taiping mahu Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel menggantung bahagian itu berikutan dakwaan terdapat pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian itu, 12 Oktober lepas.

Pengerusi MIC cawangan Pokok Asam S. Kannimuthu berkata MIC pusat perlu segera menggantung bahagian itu dan pemilihan semula diadakan untuk mengelakkan undian tidak sah pada pemilihan parti pusat itu 30 November ini.

"Kalau MIC pusat ambil tindakan segera, mesti 20 perwakilan dari Bahagian Taiping yang dipilih tidak boleh hadir pada pemilihan parti pusat. Kalau mereka hadir saya rasa undian mereka nanti tidak sah. "Saya mahu MIC pusat ambil tindakan sebagaimana yang diambil terhadap MIC Bahagian Tanjung Malim yang turut mengalami masalah sama. Kita mahu pemilihan bersih diadakan dan kita tidak mahu ada pengundi hantu dalam MIC," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata sebelum ini beliau ada membuat aduan kepada setiausaha agung parti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung perkara itu, bagaimanapun sehingga kini tiada tindakan diambil. Pada masa sama, Kannimuthu turut mempersoalkan MIC pusat yang tidak mengambil tindakan terhadap ahli yang telah diisytihar bankrap dan masih boleh mengundi pada pemilihan Ketua MIC Bahagian Taiping. Beliau mendakwa Pengerusi MIC cawangan Taming Sari, S. Maniveli telah diisytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi Pulau Pinang pada 2011 dan turut mengundi pada pemilihan ketua bahagian.

Kannimuthu berkata Maniveli tidak layak memegang jawatan pengerusi cawangan kerana didakwa tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa bahagian lebih daripada tiga kali berturut-turut.

"Mengikut perlembagaan parti 37.4, seorang pengerusi yang tidak hadir mesyuarat tiga kali berturut-turut tidak boleh memegang jawatan," katanya.

Beliau berkata sikap pengerusi cawangan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kecuaian itu berlaku dsan juga nama ahli yang telah meninggal dunia masih dalam senarai nama keahlian MIC pada tahun ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Rakan Prihatin Kebajikan negeri Perak S.Kumaravel berkata beliau turut menerima aduan mengenai wujudnya pengundi hantu pada pemilihan ketua bahagian MIC Taping.

Katanya niatnya untuk membantu hanyalah untuk menyelamatkan parti itu kerana MIC adalah parti yang mewakili masyarakat India di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan