Wanita Dalam Video Belasah Peragut, Seorang Ahli Muay Thai

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berani: Yeap, wanita yang membelasah peragut dihadapan rumahnya merupakan seorang ahli Muay Thai.
Berani: Yeap, wanita yang membelasah peragut dihadapan rumahnya merupakan seorang ahli Muay Thai.

PETALING JAYA: Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap.

Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita.

Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain," katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis.

Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis.

"Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi," katanya.

Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri.

Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah.

Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya.

Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup.

Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.

Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.

Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya.

Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal.

Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya.

Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan