Tiada Perubahan Format Kertas Soalan Pendidikan Moral SPM 2013

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan menafikan berlakunya perubahan pada format peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa portal berita.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, format kertas soalan bagi mata pelajaran itu adalah sama dan kekal seperti sebelum ini, iaitu dibahagi kepada Seksyen A dan B.

Di bawah Seksyen A, calon perlu menjawab lapan soalan struktur manakala Seksyen B merupakan soalan pilihan dan calon perlu menjawab dua daripadanya.

Markah keseluruhan bagi kertas soalan ini ialah 100, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan