Taiwan Sudah Punya Perancangan Selamatkan Mangsa Culik - Menteri Pertahanan

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Taiwan Yen Ming dipetik sebagai berkata oleh Berita Agensi Pusat bahawa kerajaan telah mempunyai perancangan yang diatur untuk menyelamatkan pelancong yang diculik, Chang An Wei.

Beliau telah berkata Taiwan tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar pasukannya ke Filipina.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Lee Hong Yuan berkata sebarang usaha menyelamat seharusnya diserahkan kepada kerajaan dan pakar-pakar.

'Taiwan's Apple Daily' sebelum ini melaporkan bahawa sebuah syarikat yang berpangkalan di Angeles City, Filipina, mempunyai kaedah untuk membawa pulang Chang.

Pengurusnya telah memberitahu akhbar itu bahawa asalkan keluarga Chang memperincikan maklumat penculik, syarikat itu mampu untuk sampai di tempat di mana Chang ditahan dalam tempoh enam hari dan memulakan rundingan.

Beliau menambah bahawa kos operasi menyelamat keseluruhan mungkin bermula dari AS$400,000 (RM1.28 juta), termasuk tebusan.

Abang kepada Chang, Richard yang telah kembali ke Taiwan selepas datang ke Malaysia menolak idea luar, berkata, "Tidak mempertimbangkannya, ini bukan pembikinan filem!."

Richard berkata, beliau telah menerima banyak panggilan mendakwa mereka mampu menyelamatkan kakaknya, tetapi memerlukan masa untuk memikirkan tindakan keluarga yang selanjutnya.

Katanya, beliau juga tidak dapat menghubungi penculik atau memberikan ubat-ubatan kepadanya.

Pada 15 November lalu, kumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah vila air di resort di Pulau Pom Pom, Sabah dan menembak mati suami Chang, Hsu Li Min sebelum melarikannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan