Pihak Berkuasa Filipina Percaya Penculik Pelancong Taiwan Masih Di Tawi-Tawi

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pegawai keselamatan Filipina percaya bahawa sekumpulan lelaki bersenjata yang menculik pelancong Taiwan, Chang An Wei masih bersembunyi di salah sebuah pulau dalam wilayah Tawi Tawi.

Ketua Polis Filipina wilayah Sulu Superintendan Ibrahim Orbita berkata keadaan laut yang buruk telah menghalang kumpulan lelaki bersenjata terbabit daripada membawa Chang, 58, ke pulau Jolo.

"Arus laut terlalu kuat untuk membuat pintasan dengan selamat," katanya, Jumaat.

Beliau berkata pegawai polis sentiasa berjaga-jaga sejak Chang diculik dari Pulau Pom Pom, di daerah Semporna, pantai timur Sabah pada 15 November lalu.

"Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai ketibaan mereka di Jolo lagi. Mereka mungkin masih terdapat di salah sebuah pulau-pulau kecil di Tawi Tawi," tambah Ibrahim.

Komander pasukan petugas tentera Sulu Filipina Brig Gen Jose Joriel Cenabre berkata lelaki bersenjata yang menculik Chang dilihat sebagai penjenayah biasa yang mungkin bertujuan untuk menyerahkan Chang kepada salah sebuah daripada beberapa kumpulan Abu Sayyaf di Jolo.

Suami Chang, Hsu Min Li, 57, telah ditembak mati selepas lelaki bersenjata memasuki villa resort mereka menginap pada awal pagi 15 November.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata Chang adalah selamat, berdasarkan rakaman perbualan dengan orang yang menangkapnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan