Pemimpin Kanan Hamas Antara Tokoh Hadir Forum Antarabangsa Umno 2013

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khaled Meshaal
Khaled Meshaal

KUALA LUMPUR: Kehadiran pemimpin kanan Hamas ke Forum Antarabangsa Umno 2013 yang diadakan pada 2 dan 3 Disember sempena Perhimpunan Agung Umno adalah satu pengiktirafan yang besar kepada negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal adalah antara empat tokoh politik terkemuka yang akan berkongsi pandangan dan bertukar-tukar fikiran pada forum dua hari itu.

"Kita melihat kesudian pemimpin Hamas untuk hadir merupakan pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kehadiran beliau juga menunjukkan beliau menghargai jasa perdana menteri melawat Palestin sebelum ini," katanya dalam taklimat media sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini Jumaat.

Selain Khalid, turut mengesahkan kehadiran ke forum itu ialah bekas naib presiden Kenya yang juga pemimpin Wiper Party Kenya, Stephen Kalonzo Musyoka dan calon presiden Indonesia dari parti Golkar, Aburizal Bakrie, katanya.

Beliau berkata buat pertama kalinya Singapura akan menghantar wakil dari parti PAP bertaraf menteri untuk menyertai forum itu.

"Untuk pertama kalinya juga forum ini akan disertai oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia yang baharu, Joseph Y. Yun," katanya.

Ab Rauf berkata tokoh-tokoh forum ini turut dijemput sebagai pemerhati luar negara untuk Perhimpunan Agung Umno 2013.

"Pemerhati luar negara dijemput melalui parti-parti politik yang ada hubungan dengan Umno.

"Mereka dijemput untuk berbincang dan bertukar fikiran dengan rakan negara lain dalam forum bertemakan 'The Politics of Moderation Accomodates and Balances Competing Principles That Leads to Peace and Stability'," katanya.

Selepas forum antarabangsa, perhimpunan akan diteruskan dengan taklimat presiden pada 3 Disember dan malamnya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan persidangan tiga sayap.

Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan keesokan harinya pada 4 Disember dan Perhimpunan Agung pada 5 hingga 7 Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan