Pemilihan PAS: Mat Sabu Serah Kepada Takdir

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu bersama pemimpin tertinggi PAS membuang undi bagi sesi pemilihan parti pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke- 59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Penyandang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan meletakkan harapan terlalu tinggi, sebaliknya menyerahkan kepada ketentuan Ilahi.

Beliau berkata, keputusan yang amat dinanti itu akan diketahui juga pada Sabtu.

"Saya serah kepada Tuhan, kita tunggu jawapan selepas perwakilan buat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuang undi pada Muktamar PAS ke-59 di sini Jumaat.

Pada pemilihan kali ini, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perubahan dalam corak kepimpinan parti seandainya beliau tewas dalam pertandingan itu, Mat Sabu berkata perkara itu sukar dijangka.

"Saya tak tau (berubah), kita tengok lepas muktamar," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan