PAS Sokong Usaha Kelantan Laksana Hukum Islam

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian para perwakilan yang hadir pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke- 59 di Stadium Melawati, di Shah Alam pada Jumaat. 
-Foto BERNAMA.
Sebahagian para perwakilan yang hadir pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke- 59 di Stadium Melawati, di Shah Alam pada Jumaat. -Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan terus menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum Islam di negeri itu.

"Sudah tentu kita sokong segala usaha negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum Islam sepenuhnya walaupun mereka menerima kekangan daripada kerajaan pusat," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

Pada masa sama, ketika ditanya mengenai usaha PAS untuk meyakinkan DAP mengenai perkara itu, Abdul Hadi berkata pelbagai dialog mengenai perlaksanaan hukum syariah telah diadakan sejak 1990.

"Kita ada dialog dalaman. Kita berbeza ideologi, berbeza agama tetapi kita bersatu dalam perkara yang sama, berbeza dalam perkara yang kita faham antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata, hukum Islam hanya melibatkan penganut Islam dan tidak akan dikenakan terhadap orang bukan Islam.

"Hukum syariah Islam itu sendiri tidak memaksa penganut bukan islam masuk Islam.

"Oleh kerana kita tak paksa mereka masuk Islam, macam mana kita nak paksa di haluan mereka yang berbeza. Itu tak boleh, itu hak mereka," katanya.

Menerusi dialog yang diadakan itu, Abdul Hadi berkata DAP memberi pandangan yang mereka tidak persetujui dengan jelas.

"DAP hadir, yang tak hadirnya Umno. DAP beri pandangan mereka dengan jelas tetapi Umno mengambil langkah untuk menghalang menerusi mahkamah," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan