Mangsa Perhambaan Di London Dipukul, Didera Emosi - Polis British

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar wanita Malaysia yang dipercayai menjadi hamba selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.
Gambar wanita Malaysia yang dipercayai menjadi hamba selama 30 tahun di London yang dirakamkam BBC.

PETALING JAYA: Mangsa kes perhambaan di Lambeth yang melibatkan seorang wanita Malaysia berusia 69 tahun dan dua yang lain sering dipukul sebelum ini, dedah Polis Metropolitan dalam satu sidang akhbar, Jumaat.

Menurut laporan media British, mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Pihak polis telah dipetik sebagai berkata mereka perlu mengetahui apakah "gari yang tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Tiada bukti penderaan seksual, kata mereka, sambil menambah, ketiga-tiga mangsa dan dua suspek akan muncul sebagai sebuah keluarga yang normal apabila berdepan dengan orang luar.

Pihak polis juga berkata bahawa tidak ada bukti yang mangsa telah diperdagangkan.

Pada masa ini, kedua-dua suspek yang berusia 67 tahun, seorang lelaki dan seorang wanita masih belum pulang ke rumah mereka di Lambeth.

Mereka juga didakwa dengan kesalahan berkaitan imigresen dan sebelum ini ditangkap pada tahun 1970 atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Terdahulu, salah seorang daripada mangsa menghubungi Freedom Charity dan mendakwa dia telah dijadikan hamba dan haknya untuk bergerak bebas telah disekat oleh dua individu.

Freedom Charity merupakan sebuah persatuan yang membantu golongan muda memahami apa itu paksaan dalam perkahwinan serta keganasan dalam rumah tangga.

Polis berkata mangsa menghubungi persatuan tersebut selepas menonton dokumentari di televisyen yang memaparkan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh persatuan berkenaan.

Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem memberitahu media Britain bahawa wanita warga Ireland berusia 57 itu telah menghubungi persatuan itu.

"Saya rasa mereka semua melihat saya dalam berita dan membuat keputusan untuk menghubungi kami kerana dalam rancangan tersebut saya memberi galakan supaya mereka menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan," kata Prem merujuk kepada panggilan yang dibuat oleh mangsa.

Dia menyifatkan layanan yang diterima mangsa sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’.

Dia turut mendakwa wanita berkenaan turut mengalami penderaan fizikal dan emosi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan