Ketua Pembangkang DUN Selangor Diarah Keluar Dewan

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shamsudin Lias digantung dewan selama sehari
Shamsudin Lias digantung dewan selama sehari

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burung) diarah keluar dewan selepas melanggar peraturan mesyuarat ketika sesi perbahasan.

Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad mengarahkan Shamsudin meningggalkan dewan selepas beliau cuba membela wakil rakyat BN Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara) yang ditegur kerana didakwa membuat kenyatan yang salah ketika sesi perbahasan.

Halimaton Saadiah dilaporkan berkata sewa bagi pangsapuri kos rendah kerajaan negeri telah dinaikkan daripada RM124 kepada RM250 sejak Jun tahun ini.

"Pengundi di tempat saya mengadu mengenai peningkatan kadar sewa berkenan dan ia membebankan golongan kurang upaya serta warga emas," kata Halimaton Saadiah.

Ia mengundang kemarahan dikalangan wakil rakyat Pakatan kerana sewa berkenaan dinaikkan sejak 2007 dan bukannya pada 2013 seperti yang didakwa oleh Halimaton Saadiah.

Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan) berdiri sambil berkata isu berkenaan telah pun dijelaskan sebelum ini.

Halimaton Saadiah kemundiannya diminta menarik balik kenyataannya namun wakil rakyat penggal pertama itu enggan berbuat demikian.

Adun Kota Damansara itu kemudiannya diberitahu beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana berniat jahat dengan niat untuk mengelirukan dewan apabila dia enggan menarik balik kenyataan sebelum ini.

Pertengkaran itu menjengkelkan Shamsudin yang kemudiannya berdiri dan mengecam wakil rakyat Pakatan yang selalu mendakwa pembangkang mempunyai niat jahat terhadap kerajaan negeri.

Nik Nazmi kemudiannya mengarahkan Shamsudin meninggalkan dewan.

Pada sidang media selepas itu, Shamsudin berkata beliau bosan dengan wakil rakyat Pakatan yang sering kali menuduh Adun pembangkang mempunyai niat jahat dalam setiap isu yang dikemukakan.

"Saya diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Speaker kerana saya langgar peraturan mesyuarat. Saya menerimannya," kata Shamsudin.

Beliau berkata apa yang dia mahu adalah sesi perbahasan yang sihat.

Nik Nazmi dalam sidang media berasingan berkata dia mengarahkan Shamsudin keluar kerana enggan mematuhi arahan beliau sebagai Speker di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2).

Beliau berkata Shamsudin berdiri untuk mempertahankan Halimaton Saadiah selepas dia enggan menarik balik kenyataan yang cuba mengelirukan dewan.

"Beliau tidak menyebut mana-mana Peraturan Mesyuarat walaupun saya memberinya banyak peluang untuk mengemukakan Peraturan Mesyuarat," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata dia telah menggantung Shamsudin selama sehari sahaja.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan