1, 129 Perwakilan Mula Undi Timbalan, Naib Presiden PAS

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuang undi bagi sesi pemilihan parti pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke- 59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuang undi bagi sesi pemilihan parti pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) Kali ke- 59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Seramai 1,129 perwakilan memulakan undian bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS pada pukul 4 petang Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, pemilihan bagi jawatankuasa kerja PAS Pusat terpaksa ditunda ke hari esok (Sabtu) kerana berlaku kesilapan pada kertas undi.

"Pemilihan pada hari ini (Jumaat) hanya membabitkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden manakala undian bagi jawatankuasa kerja Pusat akan dilakukan esok (Sabtu)," katanya.

Pemilihan bagi jawatankuasa kerja PAS Pusat akan diadakan pada pukul 8.15 pagi Sabtu.

Undian dimulakan dengan jawatan kepimpinan tertinggi dan dijangka selesai pada pukul 6.30 petang.

Tumpuan pada kali ini terarah kepada jawatan Naib Presiden di mana tiga penyandangnya, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik.

Perebutan kerusi Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Jawatan Presiden parti tetap dipertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan bagi semua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan pada Sabtu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan